Thursday 25 February 2016

Panduan Memilih Pasangan

Al-syura, 42:11
Panduan memilih pasangan

Sekurangan-kurangnya ada 4 motif atau penyebab seseorang berkahwin dengan perempuan : pertama, kerana hartanya. Harta seorang kadang kala banyak dan kadang kala sedikit. Apabila seseorang berkahwin kerana harta, suatu ketika hartanya akan habis sehingga pernikahan pun berakhir. Kedua, kerana kedudukannya. Seorang tidak selama-lamanya mempunyai kedudukan. Kalau seseorang berkahwin kerana kedudukan. Kedudukan boleh sahaja hilang sehingga pernikahan pun berakhir. Ketiga, kerana kecantikkan. Kecantikkan seorang semakin lama semakin berkurang. Dan keempat, kerana agama, insyaallah kalau berkahwin atas dasar agama, perkahwinan itu kekal selamanya.

Iman Nawawi mengatakan bahawa hadis ini menunjukkan kecenderungan manusia untuk berkahwin dengan perempuan. Mereka berkahwin dengan perempuan kerana empat perkara ini. Petunjuk Rasulullah SAW supaya mengutamakan yang baik agamanya, bukan bereti perintah untuk memilih yang baik agamanya itulah yang harus dinikahi. Hadis ini juga menganjurkan untuk bergaul dengan orang yang baik agamanya supaya dijauhkan daripada keburukannya.

Di dalam kitab Tuhfatul Ahwazi, dikatakan bahawa apabila seseorang akan berkahwin, dia akan memilih perempuan yang akan dinikahinya. Ada yang berkahwin dengannya kerana hartanya, kedudukannya, kecantikannya dan agamanya. Namun sebaiknya ialah memilih perempuan yang akan dinikahi itu kerana agamanya.


Iman Al Baihaqi meriwayatkan,” janganlah kamu berkahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, boleh jadi kecantikan seorang perempuan lama kelamaan akan hilang. Janganlah berkahwin dengan perempuan kerana harta bendanya, dibimbangkan harta benda perempuan itu akan menyebabkannya berbuat maksiat. Dan berkahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Hamba perempuan yang berkulit hitam tetapi beragama bagus itu lebih baik” iman Al Hakim berkata, “nikahlah dengan perempuan kerana salah satu di antara tiga perkara : kecantikannya, agamanya dan akhlaknya. Pilihlah yang beragama bagus dan berakhlak baik” (Iman Nawawi, Syarh Sahih Muslim, Juz 5, 2000:201)

No comments:

Post a Comment