Thursday 25 February 2016

Asal Penciptaan Wanita Dari Tulang Rusuk

(Al-Nisa, 4:1)

Ayat ini menunjukkan agungnya kedudukan wanita dalam islam. Allah SWT menamakan surah dalam al-quran ini dengan al-Nisa yang bererti ‘wanita-wanita’. Rasulullah sentiasa menggunakan ayat ini dalam pembukaan khutbah-khutbahnya.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda,” perlakukanlah wanita yang baik, sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk. Dan sesuatu yang paling bengkok yang terdapat tulang rusuk iaitu bahagian paling atas. Jika kamu meluruskannya dengan kuat, nescaya kamu akan mematahkannya, namun jika kamu membiarkannya, maka dia pun akan sentiasa dalam keadaan bengkok. Maka, layanilah wanita dengan penuh kebajikan.” (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)


Diriwayatkan oleh Iman Ahmad daripada Abu Musa Al-Asy’ari, Nabi SAW bersabda,’’ sesesungguhnya Allah menciptakan Adam dari pelbagai unsure tanah. Maka kerana itu lahirlah anak cucu adam sesuai dengan unsure-unsur tanah tersebut : di antara mereka ada yanhg lahir dengan warna kulit merah, putih dan hitam. Dan di antaranya juga dada yang diberi kemudahan, kesediha, keburukan dan kebaikan.

No comments:

Post a Comment