Thursday 15 September 2016

Niqabis at social media

Assalam & selamat sejahtera ! In this morning i wanna to share about niqabis at social media ! Apa yang saya nak share harini ialah apa yang saya nampak pada abad ni/zaman ni/sekarang. Bagi saya ia jadi salah satu persoalan dalam diri "kenapa niqabis selalu sangat post pic diorang dkt laman sosial? Saya tak kata benda tu salah tapi ia menjadi tanda tanya dalam diri saya." Nak pulak sekarang terlalu ramai yang berniqab. Berniqab tapi post pic diorang dkt laman sosial. Ibarat pakai tudung litup tapi x ada maruah. Sorry ayat agak keterlaluan😅.


Ni salah satu perempuan yg saya jumpa dekat instagram. Tahu tak yg pakai purdah/niqab ni la ramai orang respect, ramai orang protect. Org yg pakai purdah/niqab ni sekali tengok "masha allah sejuk mata memandang" kalau boleh kaum adam dekat luar sana tu ramai yang nak buat jadikan isteri. Tapi saya nak tanya , buat apa pakai purdah tapi still berzina? Sebab apa saya kata sedemikian? Sebab sepasang mata yang boleh menjadi zina jika kaum adam yg melihatnya. Dan kaum adam itu pula tiada pertalian darah sama sekali dengan kita. Nak pulak berpurdah sekarang pakai contact lens. Contact lens pulak yg besar² lagi la kaum adam suka tengok. Cuba kita fikir balik kenapa kita berpurdah/berniqab? Sebab apa? Kalau kerana Allah & takut menjadi fitnah manusia kita takkan berani post pic berpurdah tu. Sama jugak dgn perempuan yg pakai baju tak cukup kain tu. Sebab kita(perempuan) ada rasa malu & maruah kita sangat tinggi. Tak mustahil la kalau niqabis pun boleh dicop sebagai perempuan yang tak ada rasa malu pada diri. Malu dengan kaum adam kalau tengok pic kita(perempuan).


Niqabis sekarang dh pandai posing even berpurdah. Cantik tu memang cantik tapi lagi cantik kalau awak tak tayang "pic" awak dekat laman sosial. Mana perginya maruah awak sebagai perempuan? Tahu tak nabi kita sanggup jaga maruah kita sebagai perempuan tapi kita? Apa yang kita buat zaman 2016 ni? Ni baru zaman 2016 kalau akn datang mcm mana? Kadang² yg tak berpurdah ni lagi better dari yang berpurdah/berniqab. Dan saya tak salahkn yg berpurdah/berniqab ni tak elok. Semua manusia sempurna sebab semuanya hamba Allah. Allah dah jadikan akal utk kita berfikir baik & buruk , halal & haram. So kita fikir la "baik ke kalau aku tayang pic aku pakai purdah dekat laman sosial?". Adakah niqabis sekarang pakai purdah semata mata nak naikkan followers atau pujian kaum adam & hawa? Sebab daripada saya tengok dekat instagram tu, majoriti kaum adam yg komen dkt instagram niqabis. Bagi saya, saya sedikit pun takde rasa cemburu dgn niqabis. Sebab saya takut jadi fitnah manusia.

Adakah kita pakai niqab/purdah sebab nak nampak cantik? Nakkan pujian ramai? Tolong niqabis sekalian jgn ada selitkan niat macam tu. Kadang² yg pakai purdah/niqab dia sendiri tak tahu kenapa dia pakai purdah/niqab. Just be yourself je syg. Jangan kita nak ikut orang pulak. Kita nak ikut je orang pakai purdah , kita pakai purdah. Orang pakai niqab kita pakai niqab. Sebab niqab/purdah menjadi trending 2016 skrg ni. Kalau orang terjuj bangunan, kita pun terjun bangunan la? Macam tu? Orang yg pakai purdah/niqab ni sebenarnya org jdikan role model. Sebab berdakwah di jalan Allah. Berdakwah di laman sosial. Sepatutnya awak sebagai niqabis(yg berpurdah/berniqab) tahu baik & buruk jika post pic sendiri di laman sosial.

Mungkin itu sahaja pendapat saya pada harini yang saya ingin kongsikan kepada semua. Maaf jika ada salah & silap sepanjang saya beri pendapat saya. Dan saya tidak sama sekali memandang buruk kepada niqabis pada zaman ini. Maafkan saya jika ada terkasar bahasa atau menyakitkan hati pembaca. Saya tidak ada niat utk menyakitkan hati niqabis sekalian tapi saya cuma menegur dari segi bahasa & tutur kata. Saya juga manusia biasa yang pernah buat kesilapan. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari saya sendiri. Sekian dulu daripada saya pada hari ini. Assalam....

Thursday 11 August 2016

Tips lulus sains PT3

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Okay lama betul ain x update blog betul x? Okay tanpa tunggu lama, Ain rasa nak share la sedikit sebanyak ilmu yg Ain ada utk kongsi "macam mana nak lulus sains PT3" tu semua problem bagi budak² yg mengalaminya.

Okay, dulu Ain memang x suka sains. Seriously memang x suka. Bila subjek sains je Ain selalu mengantuk dalam kelas. Majoriti x lulus je banyak dari lulus😂.  Taknak bebel panjang mari Ain nak kongsi terus dekat adik² semua.


  • Kenal pasti jenis soalan.
Contoh : soalan 1-10 (60m) [soalan basic]… soalan basic memang jawapan dia dalam buku teks & buku rujukan.
Soalan 11-14 (40m) [soalan kbat]… yang ni semua lemah sikit kan? Sebenarnya ia x susah bagi yg menghafal & tahu ilmu pengetahuan serba sedikit. Sebenarnya kita boleh je kaitkan dengan apa yg kita belajar. Kita boleh kaitkan dengan tajuk & logik akal fikiran.
  • Bijak buat nota ringkas , padat & mudah faham.
Okay utk yg ini adik² kena bijak buat nota ringkas. Buat la macam mana or sekreatif mana pun awak. Its up to you. Kretiviti masing² betul x? Buat nota ringkas biar kita faham betul² apa yang dibaca. Sambil buat nota sambil membaca. Its simple to score right? Nak senang la kan. Buat nota dalam kad memo. Bila nak exam nanti bawak je kad tu. X payah dah bawak buku teks ke ape nanti.
  • Focus on your study
Majoriti ramai la pelajar² x focus dkt study dia. Please ! Apa² yg cg/teacher bagitahu benda² penting dengar elok². Selalunya la kan budak² dia jenis macam ni tau. Ada orang lalu je tengok, kereta berhenti pun dia tengok jugak😂 alahai dik x payah tengok pun takpa. Dia tengok awak pun. So please ! Focus on your study.
  • Tak faham? Terus tanya. Or malu nak tanya depan orang ramai, after class jumpa cg.
Majoriti ramai pelajar dia x faham tapi dia senyap je. Tak faham pun dia senyap, faham pun dia senyap. Please change your attitude if you want to excellent in your examination. Sorry bi kelaut sikit. Tak faham terus angkat tangan tanya. Okay kalau malu nak jumpa cg, ambik buku rujukan cari dulu jawapan dia. Okay betul x apa yang soalan nak. Dari situ dah boleh improve sikit kefahaman anda.
  • Banyakkan berjumpa dengan guru.
Ramai murid yang jarang jumpa guru. Soalan x dijawab ditinggal kosong macam tu je. Kalau ain ni memang takkan tinggal kosong la. Memang berusaha jugak nak cari jawapan. Okay ada jugak sesetengah orang dia x payah jumpa guru pun takpa tapi Dia pergi tanya orang yg lagi bijak dari dia. Dari situ mungkin dia lebih faham kan? Kita tak tahu sebab lain orang lain cara dia betul tak?
  • Hafal bab² dari form 1, form 2 & form 3.
Hafal? 😨 okay semua lemah bab menghafal. Sebab apa bila kita dah hafal tapi susah bila nak masuk tu? Okay sebabnya hati & fikiran kita kotor. Cuba bersihkan dulu insya allah masuk dengan tenang je. Nak menghafal bab ni senang. Senang? Tang mana yg senang tu? Okay meh sini nak bagitahu. Guru akan bagi bahan kecemerlangan (BK) kan? Contoh : soalan 1 berkaitan dengan jirim. Tulis terus besar² dekat ruang kosong bab berapa. Rujuk buku rujukan/ buku teks. Senang kan? Kalau buat selalu senang je nak ingat. Takyah tengok buku pun takpa dah lepas ni. Tapi jangan main hentam je kay😂. 
  • Banyakkan buat formula sendiri.
Nak buat formula sendiri senang. Ambik dekat part paling susah nak ingat. Lepas tu buat formula.
Contoh : 

Asid amino - protein
Glukosa - karbohidrat
Asid lemak & gliserol - lemak
[Ali guna air] adik² sekarang kan dah kreatif. Ain x kreatif, so ikut kreativiti korang lah nak buat macam mana yer. Bagi senang ingat.
  • Berdoa
Berdoa lah perisai paling utama nak cemerlang. Berdoa & buat solat tahajjud tu penting.
  • Minta ibu bapa & guru doakan kecemerlangan kita.
Sebelum datang sekolah tu duduk depan ibu & ayah tu. Minta mereka doakan kita supaya tenang nak jawab exam nanti. Kita dah usaha tapi kita hanya memerlukan doa dari orang sekeliling sahaja lagi. Sebelum start exam tu guru tengah edar kertas soalan tu minta guru doakan kita supaya dapat score A.
  • Jangan tinggal jawapan kosong 
Sekarang dah tahun ke-3 PT3. Kadang² ramai pelajar tak tahu format sebenar. Susah jugak nak explain berkaitan dengan format ni betul tak? Guru sendiri pun pening😂. Jangan tinggal jawapan kosong ! Jawab je yang mana adik² tahu. Takpa lain dari apa soalan yang nak. Ain pernah jugak macam tu tapi lama² dah boleh improve jgak ha😉.
  • Berdasarkan markah.
Apa yang berdasarkan markah tu? Okay macam ni. Kita kena tengok dulu markah yang diberi berapa. Contoh : [xleh nak tunjuk contoh gambar] nanti dah settle ain upload semua. Contoh mark dkt situ( 4m) comfirm² nya jawapan dia haruslah panjang. Isi + huraian. Huraian saling berkait dengan isi. Rajin² kanlah berfikir ye adik². Contoh lain, (2m) dia bagi jawapan mesti la padat & ringkas sahaja. Bergantung kepada soalan yer😉. Jangan pulak kau pergi buat jawapan panjang lebar macam rumusan😂 jenuh cikgu kau nak membacanya nanti. Jawapan biar menepati kehendak soalan & betul✔.

Okay sampai sini je Ain mampu kongsi tips dekat adik² semua. Ain berkongsi dekat semua berdasarkan apa yang Ain lihat disekeliling Ain. Ain bukan lah calon straight A tapi bagi Ain ia satu pengalaman dekat Ain. Pt3 Ain, utk subjek sains Ain A. Apa yang rasa itu mungkin lah apa yang adik² rasa sekarang. Mungkin ada lagi tips yang Ain tak kongsi & Ain akan kongsi di kemudian hari okay? So get your A for subject sains💪📚💯. Segala yang baik itu datang dari Allah & segala yg buruk itu mungkin datang dari saya sendiri. Assalamualikum warahmatullahhi wabarakatuh😊😉 & selamat beramal.

Friday 1 July 2016

Makeup Vs Girls

makeup 💋

oky especially pompuan. makeup ni memang lumrah la kan bagi pompuan? dari lipstick sampai ke makeup spray.. so buat ape nak judge pommpuan yang suka makeup ni ? pompuan ni dia makeup banyak sebab tau . yang ain tahu sesetengah orang makeup ni sebab minat dia , sebab dia tak yakin dengan diri dia & untuk kecantikkan diri sendiri. so x salah la kan? pompuan dengan makeup mana boleh berpisah. even x makeup tapi dia akan rasa jugak minat nak tengok makeup. dari yang tak pandai makeup sampai la pro makeup. dari hanya kumpul lipstick saja sampai la boleh kumpul penuh satu meja. pompuan yang pakai purdah pun makeup la beb. come on. eyeliner tu dia akan pakai kay. so itu dikira dia bermakeup jugak. makeup ni bukan dkt seluruh muka je dia akan apply , dia takkan apply semua sekali. sesetengah orang akan rasa malas nak apply semua tapi lain la kalau makeup artis & u ada photoshoot itu memang la ko kena makeup beb. even pompuan malas macam mana sekalipun dia hanya akan apply compact powder & liptint shaja. tipu sangat kalau ko x apply benda asas cenggitu la. setakat nak keluar pergi kedai dekat rumah tu buat ape pakai makeup? nak pegi mane makcik makeup tebal berinci ? hahahaha gurau gurau. so nak pakai makeup ikut kesesuaian la ye gegurls semua. laki pun pandai makeup lebih dari pompuan la. siap buat toturial pulak kau 😂 pompuan makeup nampak chantek bila laki makeup dia over lagi chantek dari pompuan. so laki yang ada dekat luar sana nuh , don't judge when your gf/wife start to apply makeup in our face beb. dia nak chantek sebab kau tu , cuz wht? sebab dia jealous bila dah ramai pompuan yg lagi chantek dari dia. so dia jugak akan takut laki dia ni cari lain😂 so thats why la pompuan nk makeup untuk diri sendiri & korang wahai laki. Ok lah ok lah bye 😘 sorry beletiaq mlm² ni . Genite💋.

Saturday 28 May 2016

Hiburan Dalam Islam 2

LETS CONTINUE .....

Okey, kita sambung yang haritu. haritu habis sampai mana? sampai dekat hukum kan? okey tanpa buang masa, jom kita baca.

1. Hiburan Wajib dan sunat?

Apa hiburan yang wajib? Hiburan yang wajib ialah IBADAH yang Allah wajibkan! Manakala, hiburan sunat adalah ibadah yang Allah sunatkan!

"Apa? Ibadah tu hiburan ke? pergh. Stress kot buat ibadah. penat gila bapak! Apahal kau kata ibadah tu hiburan??!"

ya. ibadah adalah hiburan untuk orang yang beriman. saya ulang "ibadah adalah hiburan untuk orang yang beriman!!"

tahu tak kita, solat adalah kerehatan bagi nabi. sahabat mampu menangis teresak-esak di sebabkan terlalu nikmat ketika bersolat di tengah malam. ada sahabat yang tersenyum sorang-sorang ketika solat kerana terlalu nikmat membayangkan syurga, ada sahabat yang terus hilang sakit bila solat, dan lain-lain.

bahkan, ada seorang tabiin, apabila dia tahu bahawa ketika di syurga nanti, tidak perlu untuk solat, dia telah menangis dan berkata : "nikmat apakah yang lebih indah dari melakukan solat? aku amat berharap di syurga nanti aku dapat bersolat dan bersujud padaMu ya Allah!!"

kerana itu, apabila nabi meminta agar Allah kurangkan solat dari 50 waktu kepada 5 waktu, ada para sahabat yang berkata : "kalau solat 50 waktu pun, kami sanggup buat"

kerana itu, ketika Hasan Albanna baru balik dari berdakwah di puluhan kampung dan bandar, ketika sahabatnya yang lain mahu merehatkan badan dengan tidur, Hasan Albanna mengambil quran dan membacanya. dan apabila di tanya : "wahai Albanna, kau tak nak rehat ke?"

Hasan Albanna jawab : 

"sesungguhnya, membaca Alquran adalah hiburan dan kerehatan aku..."

kerana, bagi orang beriman, hiburan mereka aadalah ibadah. hiburan mereka adalah segala perkara yang membuatkan Allah tersenyum kegembiraan. hiburan mereka adalah segala perkara yang membuatkan cinta mereka kepada Allah di balas dengan Allah mencintai mereka. merek sanggup bersusah-payah, bermandi peluh dan darah, semata-mata untuk gembirakan Allah.

"mereka terhibur melihat Allah terhibur dengan mereka...."

persoalannya, adakah hari ini kita rasa gembira, tenang, bahagia, ceria, terhibur, manis dan nikmat ketika melakukan ibadah? atau kita rasa terpaksa, benci, berpura-pura, malas, tertekan, gelisah serta menyampah dengan segala suruhan Allah?

2. Hiburan harus dan makruh

hiburan harus adalah segala benda yang tiada tegahan dan halangan dari sudut agama, seperti bersukan, mendengar lagu, melihat movie, main game, makan, dan yang sama waktu dengannya. selagi ia di benarkan syarak, serta tiada unsur-unsur yang mengharamkan, maka ia menjadi harus.

saya ulang balik : "selagi ia di benarkan syarak, serta tiada unsur-unsur yang mengharamkan, maka ia menjadi harus....."

means, kalau ada unsur haram (lepas ni saya akan hurai, apakahunsur-unsur yang menyebabkan sesuatu hiburan tu menjadi haram), maka, ia bukanlah harus, tapi haram!!

back to the point, walaupun ianya harus, perlu berhati-hati. sebab, benda harus ni, kalau buat lebihh-lebih, boleh hancurkan hati jugak. kenapa?

kerana antara puncanya seseorang itu FUTUR (lemah semangat untuk beramal) adalah kerana berlebih-lebih dalam perkara harus. bahkan, antara cara iblis nak menyesatkan manusia adalah menggoda kita untuk berlebih-lebihan dalam perkara harus. bahkan, sampai satu tahap, ia boleh jadi haram.!

terlalu semangat tengok bola sampai gaduh, sanggup bangun dua tiga pagi pastu tak qiam dan solat subuh, mencarut bila team bola kalah, dengar lagu banyak sangat sampai quran baca sikit, main game je kerja, dan yang sama waktu dengannya. bila lalai, ia jatuh makruh, bahkan boleh jatuh haram!

maknanya, kalau kita main game, dengar nasyid banyak sangat, lama sangat berjam-jam (baca quran tak pulak berjam-jam), maka, boleh jadi makruh. sebab buang masa. takpe, saya akan hurai di subtopik lepas-lepas ni.

so the point is, jangan terlalu berlebih-lebih sangat. buat ala kadar cukup untuk hilangkan bosan. ingat saya tegaskan, hiburan yang tiada unsur haram di namakan harus. maka, yang ada unsur haram, ia adalah hiburan yang HARAM dan perlu ditinggalkan sama sekali! apa dia hiburan haram? sama-sama kita reuskan pembacaan.

3. Hiburan Haram?

macam saya sebut kat atas tadi, ada beberapa unsur yang meneyebabkan sesuatu hiburan tu menjadi haram, dan andai kita berhibur dengan hiburan itu, maka kita berdosa, dan ianya cukup merosakkan hati, menghancur-leburkan iman di dalam hati!

apakah unsur-unsur tersebut?

a) lagu yang ada unsur haram, maka haram untuk kita dengar dan jadikannya sebagai hiburan. unsur haram contohnya adanya unsur seks, mengagungkan wanita, lagu yang mengingatkan kita serta mendorong kita untuk couple dan bercinta serta ingat si dia, lagu yang ada unsur caci maki dan carutan, lahu yang ada unsur syirik dan mengutuk islam. maka andai ada salah satu unsur ni, maka HARAM untuk dengar.

b) movie atau drama yang ada unsur haram, juga haram untuk di lihat. seperti unsur seks, cium-cium, aurat dan pakaian yang seksi, ada unsur-unsur yang menjurus cinta seperti drama korea jepun bagai dan yang sama waktu dengannya, maka HARAM untuk di lihat!

c) game yang ada unsur haram seperti seks, aurat perempuan, arak dan yang sama waktu dengannya.

d) apa-apa yang ada kaitan dengan arak. samada dalam video tu ada orang minum arak bagai, dan kita tengok, atau lagu yang ada unsur mengajak kepada arak, juga haram, atau game-game yang ada mempamerkan arak, juga haram. kerana segala yang berkaitan arak, Allah laknat dan murka.

jelas????

saya kira, saya dah explain secara simple tentang isu hiburan dalam islam. genggam asas ni, dan check balik, segala benda yang kita jadikan untuk hiburan, adakah ianya ada unsur-unsur yang di haramkan.

jika ada? faham-fahamlah.

berubah sedaya upaya semampu mungkin. moga Allah bagi kekuatan!

~sekian daripada saya~

Thursday 26 May 2016

Hiburan Dalam ISLAM

Sorry cuz busy buat masa sekarang. hari ni baru dapat spend time dgn blog puas-puas. hari ni Ain nak kongsi sikit tarbiyah yang ain ambik sendiri dalam satu buku berjudul "TARBIAH SENTAP". Ain mengaku memang buku ni best giler & mendalam sangat-sangat maksud dia. banyak benda yang ain baca contohnya bab ikhtilat , crush , couple, 7 jalan zina, cinta, fashion aurat purdah dan banyak lagi. buku ni memang femes giler, rugi yang tak baca. banyak pengajaran yang dia ajar. so siapa yang nak beli boleh la pergi dekat mana-mana kedai buku berdekatan.

Sebelum apa-apa, saya nak nyatakan satu benda, satu perkara asas yang kita kena faham, yang mana, kalau kita tak faham benda asas ni, sangat mudah untuk kita menyeleweng, dan akhirnya hancur berkecai.

Benda asas yang saya maksudkan ialah :
"islam itu adalah cara hidup. islam bukan sekadar ibadah tetapi islam itu syumul, merangkumi segala aspek kehidupan!"

Faham? kena faham betul-betul tau... hehehehe

Rasa-rasanya, kenapa saya letakkan ASAS tersebut sebagai intro kepada topik hiburan ini? kerana ramai orang yang menganggap islam tu just pada solat, zikir, sedekah bagai. tapi, bab hiburan depa berhibur dengan perkara yang Allah dan Rasul larang, lepas tu tak rasa bersalah, bila kena tegur alasan pelik-pelik, dan sebagainya. serius gerun. sdih pun ada. nak kata sekarang, ramai gila bapak prang yang pisah-pisahkan agama dengan kehidupan, just amik islam separuh-separuh, tanpa rasa bersalah.

so back to the point , bila kita sentuh bab hiburan, di sebabkan islam itu menyeluruh, means, dalam islam juga ada hiburan dan dalam islam juga ada batas-batam hiburan, dan adanya panduan yang di gariskan untuk kita semua tentang hiburan supaya kita tak hancur.

so apakah pandangan islam tentang hiburan?

Hukum Berhibur

Pertama, saya nak jelaskan bahawa, islam ni best. Dia tak larang penganutnya untuk berhibur. boleh berhibur, tapi, ada batas-batasnya wahai kawan. hiburan tu apa? hiburan adalah sesuatu perkara yang bila kita buat, kita rasa seronok, hilang stress dan terhibur.

Ada orng bila memasak, dia rasa best gila dan dia rasa nak masak selalu. maka ketika itu, memasak juga adalah satu hiburan untuk diri dia. ada orang, bila bila dia main bola, dia rasa hilang gila stress, rasa happy dan rasa amat tenang dan bahagia ! maka ketika itu, bola adalah hiburan untuknya. ada orang bila dengar lagu, dia rasa terhibur dan hilang stress. dan yang sama waktu dengannya. begitulah maksud hiburan.

so hiburan ini secara simplenya, ada hiburan yang wajib, ada hiburan yang sunat, ada yang harus, ada yang makruh dan ada yang HARAM. Maka, kita jangan nak memandai mengaharuskan yang haram, mewajibkan yang harus dan yang sama waktu dengannya.

saya akan huraikan satu persatu Insyaallah, supaya korang semua jelas, dan dapat bezakan setiap satu.

~esok pulak kita sambung ye~ Banyak lagi yang nak kena huraikan ni tapi Ain kena slow-slow sbb my spec patah, huhuhuhu... mcm hati dia, kena pergi baiki dan bukannya beli yg baru. paham? kikikiki... so Ain xde spec spare , kalau ada dah lama dah taip laju macam kilat ni... ASSALAM

Thursday 5 May 2016

memori terindah

gambar ni ada kaitan dengan sub topik yg Ain akan share

assalamualaikum & hye ! semoga hari ini hari yg cukup indah bagi korang. Ain sekarang tak sempat nak buka blog, maklum la exam around the corner. okay nampak tak gambar dekat ats tu ? okay hari ni ain nak citer sikit sebanyak cabaran & dugaan yg datang menimpa Ain & kwn-kwn. 

kita manusia ni takkan lepas dari dugaan & cabaran yg ALLAH akan bagi kan? betul tak ? Allah takkan uji seorang hamba itu yg tidak mampu. sebaliknya dugaan & cabaran tu akan ada hikmah di sebaliknya. okay sebelum ni maybe ain dah pernah citer pasal geng ain ni. okay geng ain ada 8 org. geng ain ditubuhkan pada tahun 2014 . rasanya dah hampir 2/3 tahun jugak lah. mula-mula tu baru 4 org ahli (Anis,Aisya,Ain,Aisyah). lepas pada tu, kita tambah lagi 2 org (Hanim & Alyaa). lepas pada tu kita tambah lagi ahli group, (Ainur & Fatin). so jadi la 8 org semua sekali. semua sama umur. geng ni dinamakan BTJ & siap dengan logo. ain ingat lagi bila kita buat logo. masa tu hujan & cg tak masuk kelas. hehehe. sooo time tu rasa bebas sikit cg tak masuk kelas. hari pulak hujan so kita ambik masa time tu buat logo. logo kami berdasarkan EXO. group boys dkt korea tu. time tu exo fames giler. sampai kita gabungkan logo exo time tu & penambahan sikit design. 

masa tahun 2014 tu paling lama memori . masa berjalan sangat  perlahan. macam-macam kita buat tahun tu. always bawak bekalan makanan. kalau turun rehat mesti kita akan beratur. hahhaahahaha , ain sendiri pun tak tahu jugak. kalau org lain x tegur memang sampai ke sudah tak tahu ni. kami tubuhkan group ni takkan ada la yg buat masalah disiplin. prinip kami hanya satu sahaja. jadi budak femes dekat sekolah dengan disiplin yg elok & disukai ramai. kalau jadi budak femes tapi selalu buat masalah disiplin buat ape? ye dok? mse tu BTJ x dihebohkan lagi. tak pernah ada org heboh pasal group kita. maybe ada yg tahu & tak tahu. masa tu x up lagi, hehehehe.... exam sama-sama. memang syok sgt la. makan sama-sama . berjalan sama-sama. okay ain ingat satu memori ni , masa tu dalam hujan rengai-rengai. tahu kita sebut ape dalam hujan tu ? kita sebut "EXO SHOWTIME" hahahaha, memang best la time tu. masa last sekolah. memang memori tu takkan pernah padam dalam memori Ain.

masa tahun 2015 kami berpecah. maksudnya kelas lain-lain. jangan salah faham ye. kami berpecah kelas je . kelas pertama 4 org, kelas kedua 4 org. so cukup la. 4:4. group BTJ ni org ramai kenal masa form 3. masa tu dah ramai start bash kita org. nak je cari kesalahan/keburukan kita. tapi BTJ time tu x kisah langsung. ye memang ada yang bash tapi kami tak ambik part langsung. hidup ni kalau kita tak kacau orang, orang takkan kacau kita. kita fokus pada PT3 time tu. sampai la ada satu masa, Ain keluar dari group BTJ taon lepas. yes memang Ain ada keluar sebab salah faham yg melanda. time tu xde sorang pun yang backup Ain. Ain memang sakit hati giler la time tu. benda tu berlarutan dalam masa seminggu tak silap ain or 2 minggu cm tu la. time tu , Allah saja yg tahu dengan xde kawannya. tapi time tu prinsip ain 1 je, "xde kawan takkan mati eh" dah xde org nk datang berkawan dengan kita kan? nak buat macam mana. ain terpaksa redha dengan apa yg terjadi. maybe tu salah ain jugak sebab ain terlampau panas baran. oke semua org tahu ain ni memang panas baran. masa gaduh tu, ramai yg tak percaya yg Ain keluar dari group tu. memang ramai la yg tak percaya. BTJ sendiri pun rasa macam mimpi Ainkeluar dari group BTJ. ramai pujuk suruh Ain masuk balik. tapi time tu hati ya allah, rasa nk nangis pun ada, rasa macam takut pun ada. takut sebab nanti Ain ulang balik benda tu. nangis sebab BTJ sudi panggil Ain masuk balik. Ain keluar ibarat Kris(EXO) yg keluar. sebab Kris yg mula-mula. lepas pada tu kami fokus sampai la masuk dewan periksa PT3. kita teruskan dengan exam, exam & exam sampai habis. study sama-sama. BTJ buktikan dengan kejayaan masing-masing. 

masa tahun 2016, pun berpecah jugak. berpecah kelas. 5 org di kelas sains, 2 org di kelas ekonomi & 1 org kelas perdagangan. belajar-belajar sampai masuk bulan 2. dikhabarkan ada sorang ahli BTJ perlu ditukarkan sekolah. masa tu Ain shocked giler. yes memang shocked. yg kena pindah nye ialah Ainur. ya allah biar betul ? macam mana BTJ nanti? takkan 7 org pulak? ya allah memang cabaran time tu allah bagi. ain menangis & menangis jer bila dapat tahu berita tu. macam tak percaya jer. dia dapat ditukarkan ke sekolah KISAS SELANGOR. jauh beb. time tu Ain paling banyak keluar air mata. menangis kerja. orang lain pun macam tu jugak . start pada tu kita rancang nk adakan moment dengan ainur . majlis perpisahan. dia memang nekad dah nk gi time tu. jalan yang dia pilih. kita pun pilih & rancang nak gi keluar jalan jauh dengan Ainur. kita bagi sweet moments time tu. so kita rancang la sampai semua boleh gi time tu. pujuk mak ayh bagai.


gambar atas ni time kami gi dekat kampung cina, Terengganu. Ainur depan sekali. dia cahaya cinta dalam BTJ. alhamdulillah Allah permudahkan semua . apa yg kami rancang semua berjalan lancar. masa nak gi tu ramai pulak nak offer tolong hantar ape semua , hehehehe... ummi Ain la hantar diorang ni pegi dengan selamat. alhamdulillah jugak kereta muat dengan diorang ni haa,,,, kahkahkah. kereta macam van,,, hohoho.. so muat la nak sumbat diorang ni & beg-beg diorang ni sekali. kita pegi 2 hari 1 malam sahaja. masa tu ya allah mencemburui betul. habiskan masa malam tu dengan bbq. kek , spaghetti & koktail. perhhhh memang sedap giler la time tu. koktail fatin sedap time tu, ehekkkk... sampai la ainur berpindah , kami still xleh lupa gaya dia tu. always  rasa macam nak nangis jer. tapi tak lame ainur bertahan dekat sekolah KISAS tu. ainur buat surat nak pindah sekolah. alhamdulillah ya allah. raya tahun dapat jugak tengok BTJ 8 org beraya pakai baju warna yg sama. insya allah. kalau baju tak sama takpe, asalkan hati & jiwa kita sama.. sekian dari saya utk hari. salah silap or typo boleh komen okay. sekadar luahan ingatan yg ada di minda.

Thursday 17 March 2016

My feeling


Hye ,..

Now i am really want to write something about someone special. Yes someone special.

I want to invite him in my heart. I am really happy but suddenly , my heart say " when u invite someone special in to your heart , you must meed to care about him, understand each other , dont make him heart broken with your attitude , appreciate him, honestly with him , always make him happy and funny, always beside him when he happy , angry , sad , crazy and all of them . U must know and u must think before u invite someone in to your heart. " and i think maybe i can't do this for him . Thats why, i can't invite anybody or someone special right now.