Thursday 26 May 2016

Hiburan Dalam ISLAM

Sorry cuz busy buat masa sekarang. hari ni baru dapat spend time dgn blog puas-puas. hari ni Ain nak kongsi sikit tarbiyah yang ain ambik sendiri dalam satu buku berjudul "TARBIAH SENTAP". Ain mengaku memang buku ni best giler & mendalam sangat-sangat maksud dia. banyak benda yang ain baca contohnya bab ikhtilat , crush , couple, 7 jalan zina, cinta, fashion aurat purdah dan banyak lagi. buku ni memang femes giler, rugi yang tak baca. banyak pengajaran yang dia ajar. so siapa yang nak beli boleh la pergi dekat mana-mana kedai buku berdekatan.

Sebelum apa-apa, saya nak nyatakan satu benda, satu perkara asas yang kita kena faham, yang mana, kalau kita tak faham benda asas ni, sangat mudah untuk kita menyeleweng, dan akhirnya hancur berkecai.

Benda asas yang saya maksudkan ialah :
"islam itu adalah cara hidup. islam bukan sekadar ibadah tetapi islam itu syumul, merangkumi segala aspek kehidupan!"

Faham? kena faham betul-betul tau... hehehehe

Rasa-rasanya, kenapa saya letakkan ASAS tersebut sebagai intro kepada topik hiburan ini? kerana ramai orang yang menganggap islam tu just pada solat, zikir, sedekah bagai. tapi, bab hiburan depa berhibur dengan perkara yang Allah dan Rasul larang, lepas tu tak rasa bersalah, bila kena tegur alasan pelik-pelik, dan sebagainya. serius gerun. sdih pun ada. nak kata sekarang, ramai gila bapak prang yang pisah-pisahkan agama dengan kehidupan, just amik islam separuh-separuh, tanpa rasa bersalah.

so back to the point , bila kita sentuh bab hiburan, di sebabkan islam itu menyeluruh, means, dalam islam juga ada hiburan dan dalam islam juga ada batas-batam hiburan, dan adanya panduan yang di gariskan untuk kita semua tentang hiburan supaya kita tak hancur.

so apakah pandangan islam tentang hiburan?

Hukum Berhibur

Pertama, saya nak jelaskan bahawa, islam ni best. Dia tak larang penganutnya untuk berhibur. boleh berhibur, tapi, ada batas-batasnya wahai kawan. hiburan tu apa? hiburan adalah sesuatu perkara yang bila kita buat, kita rasa seronok, hilang stress dan terhibur.

Ada orng bila memasak, dia rasa best gila dan dia rasa nak masak selalu. maka ketika itu, memasak juga adalah satu hiburan untuk diri dia. ada orang, bila bila dia main bola, dia rasa hilang gila stress, rasa happy dan rasa amat tenang dan bahagia ! maka ketika itu, bola adalah hiburan untuknya. ada orang bila dengar lagu, dia rasa terhibur dan hilang stress. dan yang sama waktu dengannya. begitulah maksud hiburan.

so hiburan ini secara simplenya, ada hiburan yang wajib, ada hiburan yang sunat, ada yang harus, ada yang makruh dan ada yang HARAM. Maka, kita jangan nak memandai mengaharuskan yang haram, mewajibkan yang harus dan yang sama waktu dengannya.

saya akan huraikan satu persatu Insyaallah, supaya korang semua jelas, dan dapat bezakan setiap satu.

~esok pulak kita sambung ye~ Banyak lagi yang nak kena huraikan ni tapi Ain kena slow-slow sbb my spec patah, huhuhuhu... mcm hati dia, kena pergi baiki dan bukannya beli yg baru. paham? kikikiki... so Ain xde spec spare , kalau ada dah lama dah taip laju macam kilat ni... ASSALAM

No comments:

Post a Comment