Thursday 5 May 2016

memori terindah

gambar ni ada kaitan dengan sub topik yg Ain akan share

assalamualaikum & hye ! semoga hari ini hari yg cukup indah bagi korang. Ain sekarang tak sempat nak buka blog, maklum la exam around the corner. okay nampak tak gambar dekat ats tu ? okay hari ni ain nak citer sikit sebanyak cabaran & dugaan yg datang menimpa Ain & kwn-kwn. 

kita manusia ni takkan lepas dari dugaan & cabaran yg ALLAH akan bagi kan? betul tak ? Allah takkan uji seorang hamba itu yg tidak mampu. sebaliknya dugaan & cabaran tu akan ada hikmah di sebaliknya. okay sebelum ni maybe ain dah pernah citer pasal geng ain ni. okay geng ain ada 8 org. geng ain ditubuhkan pada tahun 2014 . rasanya dah hampir 2/3 tahun jugak lah. mula-mula tu baru 4 org ahli (Anis,Aisya,Ain,Aisyah). lepas pada tu, kita tambah lagi 2 org (Hanim & Alyaa). lepas pada tu kita tambah lagi ahli group, (Ainur & Fatin). so jadi la 8 org semua sekali. semua sama umur. geng ni dinamakan BTJ & siap dengan logo. ain ingat lagi bila kita buat logo. masa tu hujan & cg tak masuk kelas. hehehe. sooo time tu rasa bebas sikit cg tak masuk kelas. hari pulak hujan so kita ambik masa time tu buat logo. logo kami berdasarkan EXO. group boys dkt korea tu. time tu exo fames giler. sampai kita gabungkan logo exo time tu & penambahan sikit design. 

masa tahun 2014 tu paling lama memori . masa berjalan sangat  perlahan. macam-macam kita buat tahun tu. always bawak bekalan makanan. kalau turun rehat mesti kita akan beratur. hahhaahahaha , ain sendiri pun tak tahu jugak. kalau org lain x tegur memang sampai ke sudah tak tahu ni. kami tubuhkan group ni takkan ada la yg buat masalah disiplin. prinip kami hanya satu sahaja. jadi budak femes dekat sekolah dengan disiplin yg elok & disukai ramai. kalau jadi budak femes tapi selalu buat masalah disiplin buat ape? ye dok? mse tu BTJ x dihebohkan lagi. tak pernah ada org heboh pasal group kita. maybe ada yg tahu & tak tahu. masa tu x up lagi, hehehehe.... exam sama-sama. memang syok sgt la. makan sama-sama . berjalan sama-sama. okay ain ingat satu memori ni , masa tu dalam hujan rengai-rengai. tahu kita sebut ape dalam hujan tu ? kita sebut "EXO SHOWTIME" hahahaha, memang best la time tu. masa last sekolah. memang memori tu takkan pernah padam dalam memori Ain.

masa tahun 2015 kami berpecah. maksudnya kelas lain-lain. jangan salah faham ye. kami berpecah kelas je . kelas pertama 4 org, kelas kedua 4 org. so cukup la. 4:4. group BTJ ni org ramai kenal masa form 3. masa tu dah ramai start bash kita org. nak je cari kesalahan/keburukan kita. tapi BTJ time tu x kisah langsung. ye memang ada yang bash tapi kami tak ambik part langsung. hidup ni kalau kita tak kacau orang, orang takkan kacau kita. kita fokus pada PT3 time tu. sampai la ada satu masa, Ain keluar dari group BTJ taon lepas. yes memang Ain ada keluar sebab salah faham yg melanda. time tu xde sorang pun yang backup Ain. Ain memang sakit hati giler la time tu. benda tu berlarutan dalam masa seminggu tak silap ain or 2 minggu cm tu la. time tu , Allah saja yg tahu dengan xde kawannya. tapi time tu prinsip ain 1 je, "xde kawan takkan mati eh" dah xde org nk datang berkawan dengan kita kan? nak buat macam mana. ain terpaksa redha dengan apa yg terjadi. maybe tu salah ain jugak sebab ain terlampau panas baran. oke semua org tahu ain ni memang panas baran. masa gaduh tu, ramai yg tak percaya yg Ain keluar dari group tu. memang ramai la yg tak percaya. BTJ sendiri pun rasa macam mimpi Ainkeluar dari group BTJ. ramai pujuk suruh Ain masuk balik. tapi time tu hati ya allah, rasa nk nangis pun ada, rasa macam takut pun ada. takut sebab nanti Ain ulang balik benda tu. nangis sebab BTJ sudi panggil Ain masuk balik. Ain keluar ibarat Kris(EXO) yg keluar. sebab Kris yg mula-mula. lepas pada tu kami fokus sampai la masuk dewan periksa PT3. kita teruskan dengan exam, exam & exam sampai habis. study sama-sama. BTJ buktikan dengan kejayaan masing-masing. 

masa tahun 2016, pun berpecah jugak. berpecah kelas. 5 org di kelas sains, 2 org di kelas ekonomi & 1 org kelas perdagangan. belajar-belajar sampai masuk bulan 2. dikhabarkan ada sorang ahli BTJ perlu ditukarkan sekolah. masa tu Ain shocked giler. yes memang shocked. yg kena pindah nye ialah Ainur. ya allah biar betul ? macam mana BTJ nanti? takkan 7 org pulak? ya allah memang cabaran time tu allah bagi. ain menangis & menangis jer bila dapat tahu berita tu. macam tak percaya jer. dia dapat ditukarkan ke sekolah KISAS SELANGOR. jauh beb. time tu Ain paling banyak keluar air mata. menangis kerja. orang lain pun macam tu jugak . start pada tu kita rancang nk adakan moment dengan ainur . majlis perpisahan. dia memang nekad dah nk gi time tu. jalan yang dia pilih. kita pun pilih & rancang nak gi keluar jalan jauh dengan Ainur. kita bagi sweet moments time tu. so kita rancang la sampai semua boleh gi time tu. pujuk mak ayh bagai.


gambar atas ni time kami gi dekat kampung cina, Terengganu. Ainur depan sekali. dia cahaya cinta dalam BTJ. alhamdulillah Allah permudahkan semua . apa yg kami rancang semua berjalan lancar. masa nak gi tu ramai pulak nak offer tolong hantar ape semua , hehehehe... ummi Ain la hantar diorang ni pegi dengan selamat. alhamdulillah jugak kereta muat dengan diorang ni haa,,,, kahkahkah. kereta macam van,,, hohoho.. so muat la nak sumbat diorang ni & beg-beg diorang ni sekali. kita pegi 2 hari 1 malam sahaja. masa tu ya allah mencemburui betul. habiskan masa malam tu dengan bbq. kek , spaghetti & koktail. perhhhh memang sedap giler la time tu. koktail fatin sedap time tu, ehekkkk... sampai la ainur berpindah , kami still xleh lupa gaya dia tu. always  rasa macam nak nangis jer. tapi tak lame ainur bertahan dekat sekolah KISAS tu. ainur buat surat nak pindah sekolah. alhamdulillah ya allah. raya tahun dapat jugak tengok BTJ 8 org beraya pakai baju warna yg sama. insya allah. kalau baju tak sama takpe, asalkan hati & jiwa kita sama.. sekian dari saya utk hari. salah silap or typo boleh komen okay. sekadar luahan ingatan yg ada di minda.

No comments:

Post a Comment