Thursday 17 March 2016

My feeling


Hye ,..

Now i am really want to write something about someone special. Yes someone special.

I want to invite him in my heart. I am really happy but suddenly , my heart say " when u invite someone special in to your heart , you must meed to care about him, understand each other , dont make him heart broken with your attitude , appreciate him, honestly with him , always make him happy and funny, always beside him when he happy , angry , sad , crazy and all of them . U must know and u must think before u invite someone in to your heart. " and i think maybe i can't do this for him . Thats why, i can't invite anybody or someone special right now.

Jom Fitness💪


hye . Ni cerita kelmarin . Huhuhu...... jom berfitness dengan Ain ! Hahahaha . okay sebut pasal fitness ni ramai perempuan dekat luar sana tu dah fitness kan ? Body cantik slim dengan bicep nye , xde lemak dekat perut . Selalu perempuan ni lemak dia jatuh dekat perut , hiksss . Sebab perempuan ni kan suka makan . So ia nampak kesan dari semasa k semasa . Kalau tak jaga dari sekarang , nanti esok lusa dah susah dah , nak kena exercise lagi . rata² perempuan zaman sekarang jarang exercise . Yes memang jarang exercise . Sekarang abad ke 21 , ramai nak kurus dengan ambik suplement entah pape dekat luar sana tu . Entah elok k tak untuk antibodi kita . Ain paling tak suka kalau nak kurus ke ape kena makan suplement . Ia maybe akn memudaratkan lagi kesihatan kita . Sape yang tahu kan ? So Ain sarankan lebih baik exercise n kurangkan pengambilan makanan yang berlemak & yang ada kolestrol tinggi . Exercise 3 kali seminggu dah cukup . Yang penting jaga pemakanan & diet seimbang tu . Bukan nak diet terus x makan nasi semua tu . Itu lagi teruk .

Ain ada sorang kawan ,. Okay dia memang berisi sikit , nak kata gemok tak jugak . Nak kata obes lagi la tak . Cuma pipi dia agak tembam la . Dia selalu cakap nak diet . Asal turun rehat je dia tak makan , katanya dia . Okay macam ni la , diet bukan yang tak makan nasi terus . Kena diet dari segi fizikal & mental . Kalau tak makan nasi , tak makan sayur , macam mana nak bertenaga ? Nasi tu karbohidrat so ia membekalkan tenaga kepada badan kita. Karbohidrat , protein , lemak , pelawas & semua tu kena ambik dalam kuantiti yang sedikit. Exercise pon kena. Dalam 30 minit dalam sehari. Berjalan pun dah kira exercise . Turun tangga pun dah kira exercise sbb ia baik untuk jantung. Peredaran darah dalam jantung tu akan berjalan dengan lancar .

So saya rasa setakat ni sahaja pengkongsian pasal fitness ni. So selamat mencuba jadi fitness💪

Thursday 10 March 2016

Throwback #2

hye

hari ni baru ada masa nak spend time dengan blog ni. tanpa membuang masa, Ain nk cerita sikit sebanyak masa Ain jadi budak PT3 tahun lepas ye... dulu PMR sekarang dah PT3, Kementerian Pelajaran ubah jadi PT3. sebenarnya tak tahu pun PT3 ni macam mana rupa dia, bentuk dia, semua sekalilah pasal PT3 ni. susah ke senang memang tak tahu. gred pun tak tahu jugak. awal tahun 2015 barulah explain pasal PT3 ni macam mana. kira susah jugak lah kalau yang tak pandai tu, like me... hohoho. susah nak dapat markah. senang tapi susah nak target markah tu. PT3 ni kadang-kadang membebankan budak-budak. i think, dari pandangan Ain la kan, kalau PT3 ni membebankan xde nya budak-budak ramai yang dapat straight A. tahun 2014 PT3 menurun. tahun 2015 meningkat, alhamdulillah. Tahun lepas la paling banyak dugaan yg melanda. memang banyak. sampai tak terkira banyak mana. Ain ingat lagi masa Ain nak buat kerja khursus GEO masa bulan puasa. emosi Ain memang tak menentu tahun lepas. asyik nak marah je. bad mood lah, gaduh la. macam-macam perangai yg keluar tahun lepas. time period k tak period ke memang tak menentu. takde angin takde ribut mesti akan ada je yang kena tengking dengan Ain. hahahaaha... Ain dia garang sikit. ok berbalik pada cerita yg pasal kerja khursus tu. time tu ramai dah yg siap kerja khursus. dah ada data semua , just tunggu nak buat laporan akhir je. Ain ni, data xde, laporan akhir masih terumbang ambing lagi. memang time tu fikir nak give up je terus. Memang xde sape pun nak tolong time tu. ada kawan Ain bisik dekat Ain "jngan la give up. buat je, ambik tiru hak saya,xpe" haihhh takkan sampai macam tu sekali. dalam bulan puasa sabar je lah kan ? apa yang Ain buat time tu, balik rumah tukar-tukar baju terus keluar bawak data. dengan panasnya, puasa lagi. tapi keluar memang nak siapkan benda tu. memang la mengganggu sebab time tu nak berbuka puasa dah, hehehehe. Ain pergi yang mana sudi tolong Ain je. sudah semua sekali balik terus rumah. tak pergi melencong ke tempat ain kayyy... Ain budak bagus, hikssss.. 

Thursday 3 March 2016

#THROWBACK

Dear Blog

Terlampau lama dah tak spend time dengan blog ni, hiksssssss... masa ni baru ada masa nak sped time together dengan blog. hari ni nak citer pasal ape ek ? sejak kebelakangan ni busy sangat sebab exam. okay dah dapat idea nak citer pasal apa hari ni. okay nak citer pasal exam. huhuhuhu..... baru-baru ni Ain exam. permulaan exam bagi hidup sebagai form 4 pada tahun 2016. first time Ain exam biologi,kimia,add math & fizik. semua tu baru lagi. selalunya masa 2015, jadi budak PT3 dulu ada sains jerrr. sekarang sains tu dah berpecah beranak pinak siap adek oiiiii.... hahahaha.. so naik form 4 ni kena stand by awal-awal untuk tahun depan pulak. tahun depan dah SPM. hohoho,,,, lagi menggerunkan. SPM 2017 nanti nak target apa yang saya nak. kalau boleh semua tapi kalau tak mampu, 9A pun dah okay dah. dulu UPSR Ain 3A . 3A jer. kawan-kawan 5A. boleh pergi jauh semua. kadang-kadang jealous pun ada jugak tengok kawan-kawan semua berjaya. tapi masa tak boleh undur. setakat tu jer usaha saya. usaha sekadar nak usaha. tak usaha sangat. Ain ingat lagi masa UPSR Ain tak pernah dapat A. kalau math & sains tak payah cakap la. E & D jerrr dapat masa tu. hahahaha. malu pun ada. dalam kelas time tu ramai dapat A. masa USR Ain tak minat math & sains. Ain pun tak tahu kenapa. belajar tapi tak faham, hahahaa. nak tanya cg pun takut. berharap pada kawan je. twin Ain minat math. Ain tak. huhuhuuhu. kalau dtg rumah dia petang, selalu tengok dia buat math. Ain tak buat pun. tengok jer macam mana otak dia berfungsi. last-last ada satu masa tu, exam pertengahan tahun 2012, Ain tak pandai jawab math. memang banyak sangat Ain tinggal kosong. last-last Ain tiru kawan sebelah Ain. tiru habis. sebijik sebijon kau, hahahaahaha... lepas seminggu, cg bagi keputusan Ain dapat A utk subjek math ni. perhhhh memang tak percaya gilerrr beb. last-last Ain tengok & perhati betul-betul apa yg Ain tiru tu. start pada tu dah ada aura minat math tu. start pada tu belajar & study betul-betul apa yang cg ajar. sampai la masa Ain UPSR. time tu nervous tak payah cakap lah. nak naik tangga rasa longgar jer kepala lutut. sampai jer exam math paper 1 & 2. Ain buat setakat mampu, Ain banyak termenenung time exam. entah la jadi tabiat ke mcm mane tak tahu. tabiat rasanye. last-last masa dah nak habis. time tu jugak la gelebah tu tak payah cakap. memang nak nangis pun hadowwwwww...... yg  soalan objektif, tembak je kau. A,B,C & D. just rambang jer ikut suka. hahahaha. last-last dapat keputusan 3A2B sahja utk UPSR ni. yg A nye, Math,BM(PAPER 1 & 2), SAINS & BI, B. habis la cerita utk UPSR 2012.