Thursday 15 September 2016

Niqabis at social media

Assalam & selamat sejahtera ! In this morning i wanna to share about niqabis at social media ! Apa yang saya nak share harini ialah apa yang saya nampak pada abad ni/zaman ni/sekarang. Bagi saya ia jadi salah satu persoalan dalam diri "kenapa niqabis selalu sangat post pic diorang dkt laman sosial? Saya tak kata benda tu salah tapi ia menjadi tanda tanya dalam diri saya." Nak pulak sekarang terlalu ramai yang berniqab. Berniqab tapi post pic diorang dkt laman sosial. Ibarat pakai tudung litup tapi x ada maruah. Sorry ayat agak keterlaluan😅.


Ni salah satu perempuan yg saya jumpa dekat instagram. Tahu tak yg pakai purdah/niqab ni la ramai orang respect, ramai orang protect. Org yg pakai purdah/niqab ni sekali tengok "masha allah sejuk mata memandang" kalau boleh kaum adam dekat luar sana tu ramai yang nak buat jadikan isteri. Tapi saya nak tanya , buat apa pakai purdah tapi still berzina? Sebab apa saya kata sedemikian? Sebab sepasang mata yang boleh menjadi zina jika kaum adam yg melihatnya. Dan kaum adam itu pula tiada pertalian darah sama sekali dengan kita. Nak pulak berpurdah sekarang pakai contact lens. Contact lens pulak yg besar² lagi la kaum adam suka tengok. Cuba kita fikir balik kenapa kita berpurdah/berniqab? Sebab apa? Kalau kerana Allah & takut menjadi fitnah manusia kita takkan berani post pic berpurdah tu. Sama jugak dgn perempuan yg pakai baju tak cukup kain tu. Sebab kita(perempuan) ada rasa malu & maruah kita sangat tinggi. Tak mustahil la kalau niqabis pun boleh dicop sebagai perempuan yang tak ada rasa malu pada diri. Malu dengan kaum adam kalau tengok pic kita(perempuan).


Niqabis sekarang dh pandai posing even berpurdah. Cantik tu memang cantik tapi lagi cantik kalau awak tak tayang "pic" awak dekat laman sosial. Mana perginya maruah awak sebagai perempuan? Tahu tak nabi kita sanggup jaga maruah kita sebagai perempuan tapi kita? Apa yang kita buat zaman 2016 ni? Ni baru zaman 2016 kalau akn datang mcm mana? Kadang² yg tak berpurdah ni lagi better dari yang berpurdah/berniqab. Dan saya tak salahkn yg berpurdah/berniqab ni tak elok. Semua manusia sempurna sebab semuanya hamba Allah. Allah dah jadikan akal utk kita berfikir baik & buruk , halal & haram. So kita fikir la "baik ke kalau aku tayang pic aku pakai purdah dekat laman sosial?". Adakah niqabis sekarang pakai purdah semata mata nak naikkan followers atau pujian kaum adam & hawa? Sebab daripada saya tengok dekat instagram tu, majoriti kaum adam yg komen dkt instagram niqabis. Bagi saya, saya sedikit pun takde rasa cemburu dgn niqabis. Sebab saya takut jadi fitnah manusia.

Adakah kita pakai niqab/purdah sebab nak nampak cantik? Nakkan pujian ramai? Tolong niqabis sekalian jgn ada selitkan niat macam tu. Kadang² yg pakai purdah/niqab dia sendiri tak tahu kenapa dia pakai purdah/niqab. Just be yourself je syg. Jangan kita nak ikut orang pulak. Kita nak ikut je orang pakai purdah , kita pakai purdah. Orang pakai niqab kita pakai niqab. Sebab niqab/purdah menjadi trending 2016 skrg ni. Kalau orang terjuj bangunan, kita pun terjun bangunan la? Macam tu? Orang yg pakai purdah/niqab ni sebenarnya org jdikan role model. Sebab berdakwah di jalan Allah. Berdakwah di laman sosial. Sepatutnya awak sebagai niqabis(yg berpurdah/berniqab) tahu baik & buruk jika post pic sendiri di laman sosial.

Mungkin itu sahaja pendapat saya pada harini yang saya ingin kongsikan kepada semua. Maaf jika ada salah & silap sepanjang saya beri pendapat saya. Dan saya tidak sama sekali memandang buruk kepada niqabis pada zaman ini. Maafkan saya jika ada terkasar bahasa atau menyakitkan hati pembaca. Saya tidak ada niat utk menyakitkan hati niqabis sekalian tapi saya cuma menegur dari segi bahasa & tutur kata. Saya juga manusia biasa yang pernah buat kesilapan. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari saya sendiri. Sekian dulu daripada saya pada hari ini. Assalam....