Saturday 28 May 2016

Hiburan Dalam Islam 2

LETS CONTINUE .....

Okey, kita sambung yang haritu. haritu habis sampai mana? sampai dekat hukum kan? okey tanpa buang masa, jom kita baca.

1. Hiburan Wajib dan sunat?

Apa hiburan yang wajib? Hiburan yang wajib ialah IBADAH yang Allah wajibkan! Manakala, hiburan sunat adalah ibadah yang Allah sunatkan!

"Apa? Ibadah tu hiburan ke? pergh. Stress kot buat ibadah. penat gila bapak! Apahal kau kata ibadah tu hiburan??!"

ya. ibadah adalah hiburan untuk orang yang beriman. saya ulang "ibadah adalah hiburan untuk orang yang beriman!!"

tahu tak kita, solat adalah kerehatan bagi nabi. sahabat mampu menangis teresak-esak di sebabkan terlalu nikmat ketika bersolat di tengah malam. ada sahabat yang tersenyum sorang-sorang ketika solat kerana terlalu nikmat membayangkan syurga, ada sahabat yang terus hilang sakit bila solat, dan lain-lain.

bahkan, ada seorang tabiin, apabila dia tahu bahawa ketika di syurga nanti, tidak perlu untuk solat, dia telah menangis dan berkata : "nikmat apakah yang lebih indah dari melakukan solat? aku amat berharap di syurga nanti aku dapat bersolat dan bersujud padaMu ya Allah!!"

kerana itu, apabila nabi meminta agar Allah kurangkan solat dari 50 waktu kepada 5 waktu, ada para sahabat yang berkata : "kalau solat 50 waktu pun, kami sanggup buat"

kerana itu, ketika Hasan Albanna baru balik dari berdakwah di puluhan kampung dan bandar, ketika sahabatnya yang lain mahu merehatkan badan dengan tidur, Hasan Albanna mengambil quran dan membacanya. dan apabila di tanya : "wahai Albanna, kau tak nak rehat ke?"

Hasan Albanna jawab : 

"sesungguhnya, membaca Alquran adalah hiburan dan kerehatan aku..."

kerana, bagi orang beriman, hiburan mereka aadalah ibadah. hiburan mereka adalah segala perkara yang membuatkan Allah tersenyum kegembiraan. hiburan mereka adalah segala perkara yang membuatkan cinta mereka kepada Allah di balas dengan Allah mencintai mereka. merek sanggup bersusah-payah, bermandi peluh dan darah, semata-mata untuk gembirakan Allah.

"mereka terhibur melihat Allah terhibur dengan mereka...."

persoalannya, adakah hari ini kita rasa gembira, tenang, bahagia, ceria, terhibur, manis dan nikmat ketika melakukan ibadah? atau kita rasa terpaksa, benci, berpura-pura, malas, tertekan, gelisah serta menyampah dengan segala suruhan Allah?

2. Hiburan harus dan makruh

hiburan harus adalah segala benda yang tiada tegahan dan halangan dari sudut agama, seperti bersukan, mendengar lagu, melihat movie, main game, makan, dan yang sama waktu dengannya. selagi ia di benarkan syarak, serta tiada unsur-unsur yang mengharamkan, maka ia menjadi harus.

saya ulang balik : "selagi ia di benarkan syarak, serta tiada unsur-unsur yang mengharamkan, maka ia menjadi harus....."

means, kalau ada unsur haram (lepas ni saya akan hurai, apakahunsur-unsur yang menyebabkan sesuatu hiburan tu menjadi haram), maka, ia bukanlah harus, tapi haram!!

back to the point, walaupun ianya harus, perlu berhati-hati. sebab, benda harus ni, kalau buat lebihh-lebih, boleh hancurkan hati jugak. kenapa?

kerana antara puncanya seseorang itu FUTUR (lemah semangat untuk beramal) adalah kerana berlebih-lebih dalam perkara harus. bahkan, antara cara iblis nak menyesatkan manusia adalah menggoda kita untuk berlebih-lebihan dalam perkara harus. bahkan, sampai satu tahap, ia boleh jadi haram.!

terlalu semangat tengok bola sampai gaduh, sanggup bangun dua tiga pagi pastu tak qiam dan solat subuh, mencarut bila team bola kalah, dengar lagu banyak sangat sampai quran baca sikit, main game je kerja, dan yang sama waktu dengannya. bila lalai, ia jatuh makruh, bahkan boleh jatuh haram!

maknanya, kalau kita main game, dengar nasyid banyak sangat, lama sangat berjam-jam (baca quran tak pulak berjam-jam), maka, boleh jadi makruh. sebab buang masa. takpe, saya akan hurai di subtopik lepas-lepas ni.

so the point is, jangan terlalu berlebih-lebih sangat. buat ala kadar cukup untuk hilangkan bosan. ingat saya tegaskan, hiburan yang tiada unsur haram di namakan harus. maka, yang ada unsur haram, ia adalah hiburan yang HARAM dan perlu ditinggalkan sama sekali! apa dia hiburan haram? sama-sama kita reuskan pembacaan.

3. Hiburan Haram?

macam saya sebut kat atas tadi, ada beberapa unsur yang meneyebabkan sesuatu hiburan tu menjadi haram, dan andai kita berhibur dengan hiburan itu, maka kita berdosa, dan ianya cukup merosakkan hati, menghancur-leburkan iman di dalam hati!

apakah unsur-unsur tersebut?

a) lagu yang ada unsur haram, maka haram untuk kita dengar dan jadikannya sebagai hiburan. unsur haram contohnya adanya unsur seks, mengagungkan wanita, lagu yang mengingatkan kita serta mendorong kita untuk couple dan bercinta serta ingat si dia, lagu yang ada unsur caci maki dan carutan, lahu yang ada unsur syirik dan mengutuk islam. maka andai ada salah satu unsur ni, maka HARAM untuk dengar.

b) movie atau drama yang ada unsur haram, juga haram untuk di lihat. seperti unsur seks, cium-cium, aurat dan pakaian yang seksi, ada unsur-unsur yang menjurus cinta seperti drama korea jepun bagai dan yang sama waktu dengannya, maka HARAM untuk di lihat!

c) game yang ada unsur haram seperti seks, aurat perempuan, arak dan yang sama waktu dengannya.

d) apa-apa yang ada kaitan dengan arak. samada dalam video tu ada orang minum arak bagai, dan kita tengok, atau lagu yang ada unsur mengajak kepada arak, juga haram, atau game-game yang ada mempamerkan arak, juga haram. kerana segala yang berkaitan arak, Allah laknat dan murka.

jelas????

saya kira, saya dah explain secara simple tentang isu hiburan dalam islam. genggam asas ni, dan check balik, segala benda yang kita jadikan untuk hiburan, adakah ianya ada unsur-unsur yang di haramkan.

jika ada? faham-fahamlah.

berubah sedaya upaya semampu mungkin. moga Allah bagi kekuatan!

~sekian daripada saya~

No comments:

Post a Comment