Friday 19 February 2016

Lelaki & Tanggungjawab


Penyerahan tanggungjawab bukan bermaksud kau bebas bermain dengan nafsu semata-mata walaupun si dia halal, tetapi penyerahan tanggungjawab ialah kau sedia cari makanan saat si dia lapar, kau sedia cari ubat saat dia sakit, kau sedia jadi budak periang saat dia stress dengan masala, kau sedia pujuk saat si dia merajuk, kau sedia pinjamkan bahu saat si dia menangis, kau sedia masak, basuh kain, kemas rumah,basuh pinggan dan lain-lain saat si dia berpantang dalam bersalin, kau sedia menahan laparsaat dia perlukan kewangan untuk zuriatmu dalam rahimnya, kau sedia terjaga malam saat si dia menanggung perutnya yang memboyot, kau sediamembelai saat si dia lemah tidak punya kekuatan untuk bersalin, kau sedia balik awal ketika kerja untuk memastikan si dia sentiasa selamat tanpa diganggu orang jahat, kau sedia bimbing ilmu fadhu aindan ilmu-ilmu yang lainnya sehinggalah si dia benar-benar faham. pendek kata kau sedia untuk menjadi sahabat, murabbi dan kekasih buat dia. kerana dia permata yang kau pilih. maka kenapa 'berhenti' walhal kau memilih jalan itu? kalau hendak berhenti kenapa perlu bermula? bukankah ia perlu diakhiri?

ya diakhiri dengan syurga dan redha allah

No comments:

Post a Comment